Monday, May 23, 2011

Contengan Jalanan

Dua contengan dalam satu coretan
Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan




A book that can touche' hati manusia. That's all i can say ..

I – Fend

Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.

Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.
 


 II – K²

Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah.

Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.


P/s: Walaupon sikit, akan ade jugak part yang akan kena pada diri sendiri. True. Penulis menggunakan bahasa yang mudah difahami. Sesuai untuk budak2 underground, budak2 yang masih menggunakan kompas untuk cari jalan pulang, walaupon susah. Budak2 yang punya space in heart yang tak tahu nak isi ape bagi full tank. More abaout this writer or book, in here.

Friday, May 13, 2011

cara duduk sambil makan





Sambil2 duk dengar lagu, aku rase cam nak wat entry sal tabiat cara duduk time tengah makan. Macam pelik pon ade nape la aku gi buang tebiat nak wat entry sal benda alah nih. Huhuhu


bersimpuh. alolo .. comeynye

 Time aku kecik2 dulu, aku amat la jarang2 sebatu nak gi kenduri. Kenduri kat kampung memang la best tapi yang tak brape nak best, kena duk bersimpuh. Ala2 ayu la plak kena duk cam tuh. Aku bukan boleh duk cam tuh. Cam control, kepit-terkepit cam ne tak tau. Hahaha


Bersila versi lelaki
 
Aku suke belasah je duk bersila sambil tadah pinggan. Even pakai baju kurung sekali pon. Hahaha. Tapi kenduri sekarang dah advance la dari zaman dulu. Even kat kampung pon, dieorang pandai dah pakai katering, duk makan atas meja, kerusi, pakai sudu, garfu sume. Hohoho. Tapi still ade gak la yang pakai hidang nak suh orang duk bersila tuh.


Kalu aku makan semeja ngn family, aku tengok sume adik-bradik aku kalu makan mesti silang 1 kaki atas kerusi cam bersila pas2 satu lagi kaki, tongkat. Hahaha. Ala2 ganas la plak adik2 aku nih. Papa aku selalu tegur. Tak elok duk cam tuh, kalu pakai suar pendek nampak lutut, nasi tengok tak elok. Oraitt la ... tapi akan ade gak la orang yang tak biase tengok orang makan cam tuh, die mesti cakap tak dek adap. Hahaha


Kadang2 kalu kuar, dah lenguh sangat kaki, mesti aku wat muka dunno, duk je bersila atas kerusi. Kalu tak pon, silang sebelah kaki atas kerusi. Hahaha. Orang pandang pelik wa cakap lu ... kalu orang dah usha aku cam tuh, aku usha je balik. Siap jeling2 bagi hint sambil wat muka “lu ape hal ? xpuas hati ?” hahaha


Ade banyak lagi versi duduk sambil makan sebenarnye yang aku duk wat or perhati orang wat. Hahaha. Tiap orang ade stail, cara masing2 kan .. sape kite nak judge cara orang. Try, test, wat sendiri la tengok kot ade orang nak perhati or tegur cara kite tuh. Tegur nak perbetul cara yang salah tak pe. Tapi jangan lebih2 plak. Kalu tak makan benda die tengah makan, kot korang makan bende len, aku tak tau la. Hahaha

P/s: meh aku share buku aku tengah baca. 


 Tajuk: Baju Melayu Hijau Serindit
Tulisan: Syud
Terbitan: Jemari Seni

o.0

Thursday, May 5, 2011

Cakap - Cakap


Macam katun ni la keadaan aku sekarang. hahaha. serabut betol !
Aku nak cakap2. Tapi ... ade orang nak dengar meh ? Huhuhu. Aku nak cakap yang aku nak gi jalan. Hah ! ade orang dengar tak ?? Let's go to the place that i want to go ...

- Tempat pertama -

Langkawi
Mother nature itself. Beautiful place. Punye la lame aku nak gi. Tapi sampai sekarang tak sampai2 lagi. Aku bosan dah dengar orang cakap "t kite gi k". Sungguh aku bosan

-Tempat Kedua- 

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak
Dah pernah gi pon. Subhanallah .. Memang view yang sangat2 sejuk mata memandang. Tempat solat dia sejuk je. Nak gi lagi !!
- Tempat Ketiga -

Taman Tasik, Taiping Perak
Kalau aku gi lagi, maknanye .. dah masuk kali ke-3 la. Hihihi. Aku suke tengok pokok2 tepi jalan. Menarik. Sape pencinta alam, sure tenang je kat sini. Serius tak tipu.

- Tempat Keempat -

Pantai Cahaya Bulan, Kelantan
Hua ... Lame giler tak gi. Dah banyak kali sampai, tapi nak gi lagi !! Rindu nak makan kat situ sambil tengok pantai. Best2 !! Agak2 mark aku ngn budak2 sek ren dulu ada lagi tak kat mane2 pokok tu ? Erm ..

- Tempat Kelima -

Negeri Pahang
Ada banyak tempat menarik kat sini. Cameron, Genting, Pulau Tioman, Fraser Hills, Endau Rompin .. Banyak lagi la. Huhuhu. InsyaAllah, kalau tak dek aral melintang, sampai la aku kat pahang ni bulan 6 t. Hahaha. Jalan soang pon bukan nak kisah sangat. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Ntah betul ke terbalik. Hahaha.

Korang ada tempat nak gi ? Kalau ada, gi jelah. Tambah2 yang ada transport sendiri. Kalau aku, dah lame sampai mane tempat aku nak gi. 

0.o