Monday, June 20, 2011

Jodoh

Bile cakap pasal jodoh, mesti semua orang bukak mata luas2, pasang telinga se’clear mungkin. Tambah2 yang dengar budak2 remaja belasan tahun. Bab jodoh ni boleh jadi satu topik yang menarik. 

Straight to the point, ada 3 tanda dalam islam yang memungkinkan pasangan itu berjodohan atau bukan. Mari baca apa yang aku dapat.

Scroll bawah people !!


Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita.

Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga.

Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.


Boleh kata, jodoh ni satu benda yang pelik and kita takkan boleh nak faham. Kadang2 kita rasa bila kita couple dengan lelaki/perempuan ni, dia la jodoh kita. Tapi, bila putus, kita cakap dia bukan jodoh kita pulak. Kan?? Kadang kita boleh couple dengan orang lain, tiba2 tunang dengan orang lain. Silap2 boleh kahwin dengan orang lain pulakk. Boleh jadi jugak kan ??

Jodoh ni sebenarnya, kita tak payah cari pon. Dia sendiri akan datang pada kita. Samada cepat atau lambat, baik ataupon jahat. Allah tak pandang pada hasil yang kita dapat tapi usaha yang Dia pandang.  

Wednesday, June 15, 2011

Nek atas, tinggalkan tanah !!

Bile aku dah lame tak berape nak update blog, entry aku pon ala2 sewel macam tuan die dah. hahaha. motipp aku je nak bagi korang ngate kat aku.

Ni ceritera pasal hari sabtu minggu lepas. aku tak penah wo0o0o tak berpijak pada tanah bumi yang nyata. hahaha. ayat tak ley blahh.

Korang layan tengok pic jelah ye. aku tak larat nak taip panjang2. bosan dah. keje opis aku banyak lagi duk tangguh. hihihi. kantoi la kalau orang opis aku baca.

Semuanya berkisar di Bukit Bendera at Pulau Pinang !! w0o0o0o .. aku sampai dah. macam tak berape nak caye je .. meh picitt kuku skitt meh ..

 nmpak sdikitt gemuk .. aku lupe nk edit pic ni bagi ala2 gelap-malap skit. cerah sangat la plakk

Pic asalnye gelap. aku dah bjaya cerahkan pic nih. hahahaha

Agak tersopan kejapp. hahaha

Ape motipp aku letak pic pintuu ni plakk ??

mampu kau amik pic rail nihh ?? hahaha
tandanye aku dah sampai !! huakakaka
ok ok. kite letak jugak la pic inche abg nih :)
konon2 macho arr buat gaye macam tuhh ?! hahaha

Aku malas nak taip2 dah. kire ok la bagi tengok gambar kan... aku tau dah memang ade je orang yang malas nak membaca tapi suke tengok gambar je (macam aku je tuh) hahaha.

Dulu bukit bendera ni tutup pasal renovate ye. sekarang dah bukak balik ye. maka ... kite enjoyyy !!!

0.o

Monday, June 6, 2011

Hud


Barang siapa menghendaki kehidupan dunia & perhiasannya, nescaya kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna & mereka di dunia tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperolehi di akhirat, kecuali neraka & lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia & sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan
Hud 15-16
 
My Word Below 
Rugi tak rase kalu kt hidup ni hanya tunggu mati tanpa ada usaha nak chance for gud ? Ape yang aku maksudkan ialah, kita diberikan kesenangan, kemewahan. Semua benda yang kita nak, kt dapat. Tapi !! Nape ape yang Dia suruh, kt tak nak buat ?? 

Sunday, June 5, 2011

Tengah duk merapu



Lame dah aku tak update blog nih. Maleh dah nak taip2 story. Tak dak hati la senang cita ..

Tapi !! Yang boleh aku tiba2 update nih pasai aku tengah ade hati nak merapu.Hahaha

Semalam aku gi tengok lagi cite Pirates Of The Carribean 3. Untuk kali ke 2. Tapi aku duk ralit mesej ja la. Aku tengok kat wayang 2 kali. Kat laptop aku pon ade gak siap dah download. Nak tengok cite Kung Fu Panda nanti macam budak2 tak cukup umor plak duk gelak kukihkukih ngalahkan bebudak edok cukop umor.

Agaq2 ada dak depa wat sambungan POTC 4 ?? Amboi hang ...... pi jimat duit !! cakap nak nikah cepat. Duit pon xsimpan lagi, duk gatai nak gi tengok wayang (sila baca dlm versi dialek penang)

Awat la tahun ni macam banyak ja wayang cita best2 tak tau. Serabut peruit, usus besaq -kecik sume ada haih. Duit pon laju ja cam ayaq duk kuaq. Siap duk lambai2 say tata - flaying kiss sume dah. 
Hampeh hang duit !!

Hampa tau ape aku duk tengah wat skarang ?? cer teka cer teka. hahaha. Aku duk tengah download Maharaja Lawak - Minggu 10, Kung Fu Panda ngn Majalah PC.Selamber hang ja duk wat office nih cam office papa hang !! Ehh ... papa aku ada saham hang tau .... hang tak tau duk diam2. Shuhh

Sesuai ngn tajuk aku. Memang aku tengah semangat duk merapu. Aku suka jadi silent rader. Ada blog ni cakap, kalu nak tulih blog .. kena pakai hati. Maka !!!! aku pon tulih lah entry nih ikut hati aku ....


Terimalah pic garfield yang post ala2 cam nak tendang die coz duk bujet smart di situ. dushh3 !! amik ko. Aku tendang kat bontot ...
P/s: motip operandi hr nih: sila baca entry nih lam bahasa penang. hahaha