Monday, June 20, 2011

Jodoh

Bile cakap pasal jodoh, mesti semua orang bukak mata luas2, pasang telinga se’clear mungkin. Tambah2 yang dengar budak2 remaja belasan tahun. Bab jodoh ni boleh jadi satu topik yang menarik. 

Straight to the point, ada 3 tanda dalam islam yang memungkinkan pasangan itu berjodohan atau bukan. Mari baca apa yang aku dapat.

Scroll bawah people !!


Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita.

Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga.

Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.


Boleh kata, jodoh ni satu benda yang pelik and kita takkan boleh nak faham. Kadang2 kita rasa bila kita couple dengan lelaki/perempuan ni, dia la jodoh kita. Tapi, bila putus, kita cakap dia bukan jodoh kita pulak. Kan?? Kadang kita boleh couple dengan orang lain, tiba2 tunang dengan orang lain. Silap2 boleh kahwin dengan orang lain pulakk. Boleh jadi jugak kan ??

Jodoh ni sebenarnya, kita tak payah cari pon. Dia sendiri akan datang pada kita. Samada cepat atau lambat, baik ataupon jahat. Allah tak pandang pada hasil yang kita dapat tapi usaha yang Dia pandang.  

No comments: